INTEKMA Agih 800 Bungkusan Bubur Lambuk – Utusan

ISNIN, 5 JUN 2017
Oleh Utusan Online
Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/intekma-agih-800-bungkusan-bubur-lambuk-1.489813

Screen Shot 2017-06-05 at 11.29.41 PM

KETUA Kumpulan Korporat Pemasaran dan Komunikasi UiTM Holdings, Irma Mahamad Tahir (dua kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada Penolong Ketua Pengarang, Datuk Hassan Mohd. Noor (tiga kanan) dan warga kerja Utusan pada Pengagihan Bubur lambuk oleh UiTM Holdings di Lobi Pejabat Utusan Melayu, disini, hari ini. -UTUSAN ONLINE/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kemuliaan Ramadan terus disemarakkan dengan edaran pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk sumbangan makanan untuk berbuka puasa.

Tidak ketinggalan UiTM Holdings Sdn. Bhd, Shah Alam yang menyumbang 800 bubur lambuk untuk diagihkan kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd. di sini hari ini.

Ketua Kumpulan Pemasaran dan Komunikasi UiTM Holdings, Irma Mahamad Tahir berkata, program itu diharap dapat merapatkan silaturahim selain tanda ingatan dan menghargai segala sumbangan, serta hubungan baik antara kedua-dua belah pihak selama ini.

Katanya, program yang julung kalinya diadakan khas untuk warga media itu juga bertujuan mempromosi hidangan bufet Ramadan di Pusat Konvensyen dan Resort INTEKMA (IRCC), Seksyen 7 Shah Alam.

“Ini adalah tahun pertama agihan diadakan untuk ke semua agensi media. Bubur ini dimasak oleh sepasukan chef kami sejak pukul 9 pagi lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Mengulas bufet Ramadan yang disediakan IRCC, beliau berkata, bufet bertemakan ‘Selera Utara Selatan’ itu menyediakan hampir 70 menu berlainan setiap hari.

Antara menu popular, kari kepala ikan, ayam masak ros, daging gulai kawah, nasi briyani, pindang ikan dan sotong masak hitam.

“Salah satu benda yang terbaik mengenai iftar@INTEKMA ialah hidangannya yang lazat yang bakal mengimbau memori manis ketika zaman kita membesar dahulu bukan sahaja anda mempunyai pelbagai pilihan makanan tetapi harga bufetnya juga amat berpatutan,” katanya.

Harga buffet iftar@INTEKMA adalah RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE