FiTA Studios – Dialih suara, filem Badang bakal ditayang lima bahasa – Malay Mail Online

6 Februari 2018
Sumber: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dialih-suara-filem-badang-bakal-ditayang-lima-bahasa#41vTVrAbIh4h5CUU.97


KUALA LUMPUR, 6 Feb — Filem Badang lakonan Datuk Seri Aliff Syukri dan Fasha Sandha bakal ditayang dalam lima bahasa.

Pengarahnya berkata sebuah syarikat produksi dari India berminat untuk membuat alih suara dalam bahasa Urdu, Tamil, Inggeris dan dua lagi bahasa, lapor Kosmo!.

“Kita masih berhubung dengan pihak produksi itu untuk bekerjasama dan kita akan maklumkan butiran mengenainya kelak,” kata profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) Universiti Teknologi Mara berkata perkara itu masih dalam perbincangan.

Filem adiwira tempatan itu mula ditayang di pawagam 15 Februari ini.