Martabatkan Warisan Kesenian Islam – Sultan Selangor (OneNews)

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk terus berusaha mencari peluang bagi memelihara serta memartabatkan warisan kesenian Islam di Selangor supaya dapat dihayati dan diwarisi oleh generasi masa depan. Penganjuran Pameran Seni Lukis Bertemakan Masjid (MIHRAB) bermula 28 Oktober lepas hingga 18 November ini di ibu negara, merealisasikan hasrat dan usaha baginda dalam mengangkat ekspresi seni bina masjid di negara ini. 74 karya seni dihasilkan 38 penggiat seni tempatan dari pelbagai bangsa dipamerkan dengan masing-masing mempunyai makna dan teknik penghasilan tersendiri.

Reference: http://www.onenews.my/martabatkan-warisan-kesenian-islam-sultan-selangor/

Reference: https://www.youtube.com/watch?v=VTKyvObNCHc