Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di atas pemasyhuran sebagai Pro-Canselor UiTM

Daulat Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di atas pemasyhuran sebagai Pro-Canselor UiTM.

Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenan mewasalkan pemasyhuran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM, bersempena istiadat konvokesyen UiTM ke-93. Pemasyhuran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu adalah bagi tempoh 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024.