WiFi, Internet percuma guna TVWS bukti komitmen kerajaan (Sinar Harian)

BATU PAHAT – Inisiatif projek WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi Television White Space (TVWS) pertama di Malaysia yang dilancarkan hari ini membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk memberikan ‘keselesaan internet’, untuk Keluarga Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pemasangan WiFi percuma itu merupakan inisiatif tanggungjawab korporat syarikat universiti awam kepada masyarakat.

Teknologi yang yang dibangunkan oleh UiTM Holdings dan rakan strategiknya ini bakal memberi manfaat kepada para mahasiswa dan penduduk di kawasan luar bandar yang memerlukan Internet berkelajuan tinggi bagi aktiviti harian seperti PdPR, perniagaan dan juga perkembangan Internet benda (IoT).

Dengan penawaran WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi TVWS di lokaliti-lokaliti terpilih, kebergantungan pelan Jaringan Digital Negara (Jendela) dapat dilaksanakan dengan lebih pantas hasil inisiatif UA di bawah KPT,” katanya sempena majlis pelancaran di sini, pada Sabtu.

Kawasan Taman Industri Seri Suling di Parit Sulong telah terpilih sebagai lokasi pertama projek TVWS ini.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/191205