Mon | 08 Jun 2026 | 10:00 AM
Pro Canselor UiTM Berkunjung ke UHSB
Kumpulan Syarikat UiTM Holdings berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), dalam satu sesi perkongsian yang penuh bermakna dan berinspirasi.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UiTM, serta Ahli Lembaga Pengarah UiTM Holdings.
Perkongsian pandangan, pengalaman dan aspirasi yang disampaikan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan UiTM Holdings dalam memperkukuhkan tadbir urus, memperluas peluang perniagaan serta mencipta nilai yang mampan untuk universiti dan para pemegang taruh.
Terima kasih YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris Jusoh atas kesudian meluangkan masa bersama kami.