Thu | 23 Apr 2026 | 11:00 AM
Majlis Ikrar Bebas Rasuah Kumpulan Syarikat UiTM Holdings
Integriti, Amanah, Ketulusan 🛡️
Sekitar suasana Program Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kumpulan Syarikat UiTM Holdings bersama SPRM Negeri Selangor di Pejabat Kumpulan Syarikat UiTM Holdings (Kumpulan UHSB) pada 23 April 2026.
Lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiTM Holdings, YBhg. Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, menjadi bukti nyata kesungguhan Kumpulan UHSB dalam menolak sebarang bentuk amalan rasuah demi memelihara mandat organisasi.
Terima kasih kepada PPj Azuan bin Adzhar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor atas taklimat dan bimbingan mengenai Liabiliti Korporat.
Bersama kita memperkasa budaya kerja berintegriti! 🤝✨