Thu | 05 Feb 2026 | 03:30 PM

Neura–Colla Connecting Edge Pacu Transformasi Digital UiTM

UiTM Holdings Sdn Bhd Melalui Neura Sdn Bhd Meterai Kerjasama Strategik Kampus Berhubung

UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB) melalui anak syarikatnya, Neura Sdn. Bhd., memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Eksklusif bersama Colla Connecting Edge Sdn. Bhd. bagi memperkukuh kesalinghubungan digital kampus selaras dengan agenda transformasi pendidikan tinggi negara.

Kerjasama ini menjadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai projek perintis nasional dalam pembangunan model kampus berhubung merangkumi infrastruktur telekomunikasi, rangkaian berprestasi tinggi serta kandungan berasaskan Internet Benda (IoT) yang diperkasakan dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI). Inisiatif ini diyakini akan memperkukuh ekosistem kampus pintar dan seterusnya diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.